MARANG, 28 Disember – Hasrat seorang ayah kepada 3 anak untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai.
Mohd Dhukiflee Rani, 51, dari Kampung Jerung Seberang mengakui terharu dan bersyukur apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri berjaya direalisasikan melalui Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).
“Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya akhirnya dapat memiliki sebuah rumah PPTS. Penantian sekian lama, Alhamdulillah, hari ini impian itu tercapai,”
“Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya akhirnya dapat memiliki sebuah rumah PPTS. Penantian sekian lama, Alhamdulillah, hari ini impian itu tercapai,” katanya kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis penyerahan replika kunci rumah.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut beliau terpaksa menyewa kediaman kerana kekangan kewangan.
“Sekian lama saya menantikan saat ini, selama hampir 10 tahun saya hanya menyewa,” tambahnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, penyediaan kediaman baharu melalui program PPTS merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan masing-masing.
“Kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyediakan peluang kepada rakyat Terengganu untuk memiliki rumah sendiri, selagi menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

