Kisah disebalik 72 hari tanam buah melon manis. Antara tempat tanam melon manis di Terengganu, kebun di Tok Fakir ni antara salah satunya. Kebun hasil kerjasama dengan UMT ni diusahakan oleh saudara Saidi. Nampak je buahnya cantik, kuning keemasan, tapi sebenarnya banyak cerita di sebaliknya.

Dalam dua minggu lagi, buah ini baru betul-betul masak. Kalau datang sekarang, dapat yang rekah sahaja, buah yang orang biasanya tak mahu beli. Tapi walaupun belum cukup masak, rasanya dah mula manis,” kata Saidi.

TOK FAKIR, Terengganu – Usahawan muda Terengganu, Saidi, berjaya menghasilkan melon manis selepas 72 hari penuh cabaran di kebunnya yang terletak di Tok Fakir. Program ini merupakan salah satu inisiatif pertanian bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut hadir meninjau kebun tersebut ialah YB Sulaiman Sulong, ADUN Pengkalan Berangan, yang mengambil berat terhadap perkembangan projek pertanian usahawan muda di kawasan berkenaan. Kehadiran beliau memberi sokongan moral kepada Saidi dan menekankan kepentingan usaha gigih serta kesabaran dalam pertanian.

Dalam tujuh pekebun yang terlibat dalam program sama, hanya kebun Saidi berjaya mengeluarkan hasil pertama, manakala kebun lain gagal menampakkan buah.

Menurut Saidi, usaha untuk mendapatkan buah melon yang manis dan sempurna bukan mudah. Sepanjang 72 hari, beliau menghadapi pelbagai cabaran termasuk cuaca panas terik diikuti hujan lebat, serangan penyakit pada pokok, buah merekah sebelum masak, serta gangguan monyet yang ‘curi rasa’.

“Dalam dua minggu lagi, buah ini baru betul-betul masak. Kalau datang sekarang, dapat yang rekah sahaja, buah yang orang biasanya tak mahu beli. Tapi walaupun belum cukup masak, rasanya dah mula manis,” kata Saidi.

Selain melon, Saidi turut menanam timun ‘baby’ sebagai pelengkap tanaman di kebunnya. Menurut beliau, kejayaan ini memerlukan ketekunan, jagaan rapi, dan kesabaran tinggi, terutamanya bagi usahawan muda yang ingin menembusi pasaran pertanian.

Kejayaan Saidi menjadi inspirasi kepada usahawan muda lain di Terengganu, manakala kehadiran YB Sulaiman Sulong menunjukkan sokongan kepimpinan negeri terhadap inisiatif pertanian belia dan pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.